Tuesday 20 September 2011

NAMAKU BERMAKNA

JAAFAR




Masih kecil lagi.Duduk atas riba nenek.

















   Nama kita mempunyai pengertian yang mendalam dan memberi makna kepada kita.Sebab itu orang2 zaman dahulu sentiasa berhati-hati apabila hendak menamakan anak mereka yang baru dilahirkan.Kekadang, ketika masih dalam kandungan lagi,mereka sudah menyediakan nama2 yang sesuai.Kalau lelaki,ada nama lelakinya dan begitu juga perempuan.
   Nama kita juga berkait rapat dengan kehidupan kita.Kalau nama kita sesuai dan serasi dengan kita,kuranglah sikit masalah dan hidup dengan baik dan selesa.Sekiranya nama tidak serasi,ada saja masalah terutama bab kesihatan.Selalu sakit dan sukar diubati,selalu menangis tanpa diketahui sebab-musabab.Itu fahaman orang2 tua.Betulkah tidak,wallahu'alam.Zaman sekarang pula lain.Bubuh nama anak ikut sedap bunyi.
   Namaku,Jaafar juga mempunyai makna tersendiri.Mengikut makna yang terdapat di dalam Buku Nama-nama Islam, Jaafar bermakna 'Anak Sungai'.
     Anak sungai besar gunanya kepada kita.Biasanya,air anak sungai cukup bersih dan banyak kegunaannya kepada kita.Dengan airnya kita boleh mandi,membasuh pakaian,minum,memancing,dsbnya.
Tapi,kekadang kita menyalahgunakan anak sungai ini.Ada yang membuang air besar,air kecil,buang sampah,melepaskan sisa2 toksid,dan macam2 lagi.
    Mungkin namaku memang sesuai untuk diriku yang sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan,mudah kesian,selalu berkhidmat untuk kepentingan umum tanpa merungut.Mungkin sebab inilah juga diriku mudah ditipu dan disalahgunakan.Paling menyakitkan ada rakan2 sendiri yang mengkhianati,dengki-mendengki.Manis di depan,busuk di belakang.Cuba menyekat rezeki yang Allah beri.Kita hanya mampu
berikhtiar dan berserah kepadaNya. Agaknya,samalah nasibku dengan nasib anak sungai.Wallahu'alambissawab.

No comments:

Post a Comment