DALAM PERKHIDMATAN AWAM
- 1972-1973 - Latihan Perguruan di Pusat Latihan Harian (DTC) Pulau Pinang.
Malam Perpisahan di Hotel Merlin Penang
- 1974-1978 - Bertugas di SK (LKTP)Bukit Kuantan,Ktn,Pahang.
- Mengajar Tahun 2 dan Tahun 3.
- Ajar B.Melayu,B.Inggeris,Matematik.
- Kelab Buku Hijau-Tanam sayur2an.
- Wakili Pasukan Bola Sepak Guru2-Lawan Liga antara peneroka2,Piala Wakil Rakyat Sungai Lembing.Pasukan Guru selalu menang.
Beraksi depan sekolah
Padang sekolah pun botak
Guru2 SKBK
Guru2
Guru Besar cermin mata
Cermin mata-Nama sama tapi ejaan Jaafir
Pertandingan Muzik BI
- 1979-1990 - Bertugas di SK Mahang,Karangan,Kedah.
- Mengajar Tahun 3, semua matapelajaran kecuali B.Inggeris dan Agama Islam.
- Mengajar Tahun 5, semua matapelajaran termasuk B.Melayu,Sains,Geografi,Tawarikh(Sejarah).Masa tu ada peperiksaan PPDL sebelum ada UPSR Tahun 6.Tak larat kepung,kita sorang ajar semua matapelajaran.
- Mengajar Tahun 6 selepas pergi Kursus KBSR Tahun 6.Masa ni kena pulun ajar B.Melayu untuk 2 kelas bagi menghadapi UPSR. Alhamdulillah,setiap tahun BM1 dan BM2 dapat 90% ke atas. Mentainnnn.
- Jawatan Khas- S/U Sekolah,S/U Peperiksaan,S/U Sukan,S/U PIBG.Dua tahun jadi Bendahari PIBG.
Beraksi di Pejabat SKM
Mengajar Tahun Tiga
Mesyuarat PIBG
S/Usaha PIBG
Sekolah Buat Kenduri
Tahun Tiga
- 1991-1994 - Bertugas di SK Seri Pinang(Ldg PinangTunggal),
Tukar mai Sungai Petani pasai beli rumah di Taman Ria Jaya.Masa tu harga rumah Semi-D baru RM58k.
Dulu sekolah ni nama SK Ladang Pinang Tunggal.Sebab posmen keliru hantar surat dengan SK Pinang Tunggal,maka Guru Besar masa tu,Allahyarham Noor Lajis tukar nama sekolah. Terletak dalam ladang getah Raman Hydrolic.Sekarang pokok getah dah habis ditebang,naik kawasan perumahanMacam2 Taman Perumahan.Taman Puteri Jaya adalah taman perumahan terbesar di situ.Kalau nak ke sekolah tu sekarang,kena masuk Taman Puteri Jaya terus ke hujung jumpa taman perumahan lain pula.
- Mengajar Tahun 3 (Setahun)
- Mengajar Tahun 6-B.M untuk UPSR (Dua tahun) kerana sahut cabaran sorang pegawai dari PPDKMY yang perlekeh guru2 luar bandar kononnya kami malas buat kerja dan x setanding dengan guru2 di bandar.Sebelum tu,pencapaian UPSR 0%.Tahun pertama kami penaik jadi 26%. Tahun kedua kami penaik lagi jadi 57%.Lepas tu pegawai tu sengap x kata apa.Termalu kot.Lain kali kalau kita di atas,jangan perlekeh orang di bawah.Bagilah nasihat dan tunjuk ajar.Lepas kami keluar dari sekolah tu, guru2 baru x dapat tandingi peratus yang kami buat.Dahlah hari sukan guru besar kena pi ambil dia di PPD,kononnya takut kereta dia kotor sbb jalan tanah merah.Yang kami hari2 makan debu naik motor pi sekolah,dia x nampak.Kekadang hujan,besa jatuh motor sbb jalan licin.
- Buat Projek Buku Hijau- Dapat kerjasama pengurusan ladang dengan menghantar traktor menggembur tanah.Ini faedahnya berbaik2 dengan pemandu traktor ladang.
- 1995-2000 - Bertugas di SK Ibrahim.
Minta tukar ke SKI ni bukan apa,pasai dah 21 tahun bertugas di luar bandar.Asyik2 nampak kelapa sawit dengan pokok getah saja.Nak tengok pula bangunan2 dan jalan raya yang elok2 pula. Sesi pagi dah cukup guru.Kenalah mengajar sesi petang.
Mula2 dapat sekolah ni,ramai guru kata,hang mampuih mengajar pasai SKI ni sekolah kawalan PPD.Kerja kena lebih sikit.Lagipun,tiap2 tahun Sultan Kedah bagi hadiah pada HAC. Aku x takut pun.Kalau kita betul2 buat kerja,nak takut apa? Orang yang takut ni pasai dok buat salah,x mengajar,ponteng kelas,dll. Bila dua bulan lagi nak adakan HAC,guru dah sibuk buat persiapan.Aku dilantik jadi Ketua Upacara Murid2 yang akan terima hadiah.Mula2 aku kena belajar protokol cara nak mengadap Sultan,macam mana nak angkat sembah.Aku bukan tau sangat adat Diraja ni pasai negeri aku x dak sultan.Maklumlah,anak buah Gabenor.Aku belajar adat Diraja drp Ustaz di sekolah tu yang dah lama jadi ketua ni.Aku mai saja,dia pekena aku jadi ketua pula.
Mula2 dapat sekolah ni,ramai guru kata,hang mampuih mengajar pasai SKI ni sekolah kawalan PPD.Kerja kena lebih sikit.Lagipun,tiap2 tahun Sultan Kedah bagi hadiah pada HAC. Aku x takut pun.Kalau kita betul2 buat kerja,nak takut apa? Orang yang takut ni pasai dok buat salah,x mengajar,ponteng kelas,dll. Bila dua bulan lagi nak adakan HAC,guru dah sibuk buat persiapan.Aku dilantik jadi Ketua Upacara Murid2 yang akan terima hadiah.Mula2 aku kena belajar protokol cara nak mengadap Sultan,macam mana nak angkat sembah.Aku bukan tau sangat adat Diraja ni pasai negeri aku x dak sultan.Maklumlah,anak buah Gabenor.Aku belajar adat Diraja drp Ustaz di sekolah tu yang dah lama jadi ketua ni.Aku mai saja,dia pekena aku jadi ketua pula.
- Mengajar Tahun 3- B.Melayu dua kelas,Pendidikan Moral 2 kelas.
- Di SKI, kita boleh improve B.Inggeris kita kerana kebanyakan murid2 dan guru2 suka bercakap B.I.Maklumlah SKI dulu asal sekolah rendah aliran Inggeris.Aku pun lama2 seronok pula cakap BI.Jadi x la kekok sangat.Lagi pun malulah kalau orang Penang x tau cakap BI.
- GB lantik aku jadi pembantu Penyelia Petang.Kalau PP ada kursus atau x hadir,akulah ambil alih tugas PP.
- Setelah empat tahun aku di SKI,Penyelia Petang pun bersara.Aku dilantik menanggungtugas PP selama setahun sbb PP yang baru x ada lagi. Dapatlah RM7k lebih.
- Perangai orang Melayu macam dok kata la.Ada hasad dengki.Ada guru yang dengki kat aku pasai aku baru situ,aku diberi perhatian lebih oleh GB pada hal guru2 di situ ada yang bertugas berpuluh tahun x dilantik menanggungtugas PP. Pernah satu petang aku hampir2 dicucuk jarum jahit.Masa tu aku tengah mengajar.Entah macam mana aku terasa pinggang aku macam dicucuk2.Aku keluar kelas sat lalu aku raba2 dalam baju aku.Aku dapati ada jarum 2 inci.Aku ambil,salawat dan tanam di tepi perdu pokok pinang laut depan kelas aku.Inilah mainan sihir yang orang kita pandai.
- Setiap hari,habis mengajar,aku naik ke pejabat,masuk bilik.Buat kerja pejabat pula.Maklumlah,Penyelia Petang katakan.
Staf SKI
- 2000(April)-2005 - Bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Taman Ria,Sg Petani.
- Menjalankan tugas2 di pejabat.
- Menyusun jadual tugas persatuan,pasukan beruniform,kelab permainan.
- Mengelola Olahraga Sekolah.
- Hari Kokurikulum.
- Hari Anugerah Cemerlang.
- Projek PINTAR-Ceramah AADK dan Polis Narkotik.
- Keceriaan sekolah,Kebersihan dan Keselamatan sekolah.
- Penyelenggaraan sekolah-Bekalan elektrik,paip air bocor/tersumbat,pam loji dan pam bomba x berfungsi.
- Ketua Perhubungan dengan Ketua2 Jabatan di persekitaran-Polis,Bomba,Kesihatan,JKR Elektrik & Mekanikal,AADK.
- Mengajar Pendidikan Moral Tahun 4 dan 5.
Lencana Sekolah
Hari Guru
Hari Merdeka
Larian Malaysia
- 2005(Mei) -2007 - Bertugas sebagai Penolong Kanan 1 di SK Sungai Lalang,Bedong,Kedah.
Pertukaran setara berlaku dari PKKo kepada PK1,cuma bidang saja berbeza.PK1 ni tugasnya lebih mencabar kerana hampir sama dengan tugas Guru Besar.Maklumlah,orang Nombor 2 dalam sekolah. Kalau GB bercuti,sakit,atau berkursus,PK1 ambil alih tugas GB untuk mengurus,mentadbir dan memimpin sekolah.Apa2 hal,orang mai cari PK1.Beratlah sikit.
Segala urusan Kurikulum menjadi tanggungjawab penuh PK1.Termasuklah kebajikan guru2 dan staf sokongan.Depa nak jumpa GB payah sikit.Jadi,apa2 hal depa mai mengadu kat kita.Kita dengar masalah depa.Kalau boleh selesai,bincang sama2 macam ahli keluarga.Kalau masalah kerja,pakat2 bedak tugas supaya sama2 rasa sorang sikit.Kadang2 terlepas pandang,ada juga yang dok rehat saja.Depa kena bagitaulah.Nak kepung 65 orang guru bukanlah senang.Walau apa pun,memang seronok kalau perhubungan erat antara pentadbir dengan guru2 dan semua staf.Kalau dok berkurung dalam pejabat saja,x turun pi join guru2,alamat jadi kera sumbanglah.Depa sanggup boikot PK.Suruh apa pun depa buat dek saja.Agaknya pasai nilah PK di SKSL ni x kekal lama.Dah berapa PK bertukar sebab xdapat kerjasama guru2. Pernah terdengar depa kata 'kita tengok PK ni pula berapa hari boleh tahan'.Nasib baik saya bertukar sebab jadi Guru Besar sebab saya dengan guru2 dan staf xdak masalah.
Pernah tanggung tugas GB pasai GB pergi kursus di IAB Genting selama setahun. Dapatlah RM6k lebih.
- Mengajar Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6.
- Membantu PKHem dan PKKo.Kadang2 depa juga bantu kita.Sama2 membantu untuk kejayaan murid2 dan sekolah.
SKSL
Hari Guru
Kejohanan Olahraga
Perkhemahan Dalaman
Pertandingan Memasak
- 2007(Nov)-2009(Mac)- Bertugas sebagai Guru Besar di SK Ulu Bakai,Malau.
Nampak gaya kena buang daerah kot.Dari Daerah Kuala Muda/Yan ke Daerah Baling/Sik. Agaknya pasai dok cakap banyak.Walau bagaimanapun,bersyukur kerana x kena pergi jauh2.Ada kekawan kena sampai Kuala Nerang,Bandar Baharu,Serdang dan tempat2 jauh.Kena sewa rumah pula.Setakat berulang 40 km kira okay la.
Tugas GB x la teruk sangat pasai ada pembantu/penolong2 kanan.Tanggungjawablah yang paling berat.Apa2 hal pun,depa tala mai kat Guru Besar,nak kena ada sifat sabar berdiplomasi.Silap haribulan,boleh bergaduh dengan orang.Selain mentadbir,mengurus,merancang,dan memimpin,GB juga kena mengajar.Buku Ringkasan Mengajar (BRM) kena tulis juga.Kalau GB x buat ni,macam mana nak semak BRM guru2 dan tengok guru2 mengajar? GB sebagai contoh dan idola.
Lagi satu,GB kena turun padang.Toksah terperap dalam pejabat saja.Buat lawatan kawasan setiap kali sampai di sekolah.Sembang dengan pekerja2 am,tanya apa masalah kerja.Sekali-sekala lepak kat bilik guru.Kita boleh tau apa guru2 buat.Ronda bilik2 darjah semasa sesi P&P berjalan.Kalau ada peluang,sembang dengan murid2 untuk dapatkan maklumat tugas guru.Depa cerita habis;Guru tidur dalam kelas,guru x mengajar,guru telefon dalam kelas kontek downline jualan langsung dan macam2 lagi.Bila dapat maklumat ni, kita intai guru2 tu.Ini satu cara pemantauan.Jerat dah kena.Ha..Ha..
- Mengajar Kajian Tempatan Tahun 4,
- Mengajar Sivik Tahun 5,
- Mengajar P.Seni Visual Tahun 6.
- Kadang2 jadi guru ganti mengajar kerana guru x hadir.
- 25 Mac 2009 - B E R S A R A-
No comments:
Post a Comment