Tuesday 20 September 2011

NAMAKU BERMAKNA

JAAFAR




Masih kecil lagi.Duduk atas riba nenek.

















   Nama kita mempunyai pengertian yang mendalam dan memberi makna kepada kita.Sebab itu orang2 zaman dahulu sentiasa berhati-hati apabila hendak menamakan anak mereka yang baru dilahirkan.Kekadang, ketika masih dalam kandungan lagi,mereka sudah menyediakan nama2 yang sesuai.Kalau lelaki,ada nama lelakinya dan begitu juga perempuan.
   Nama kita juga berkait rapat dengan kehidupan kita.Kalau nama kita sesuai dan serasi dengan kita,kuranglah sikit masalah dan hidup dengan baik dan selesa.Sekiranya nama tidak serasi,ada saja masalah terutama bab kesihatan.Selalu sakit dan sukar diubati,selalu menangis tanpa diketahui sebab-musabab.Itu fahaman orang2 tua.Betulkah tidak,wallahu'alam.Zaman sekarang pula lain.Bubuh nama anak ikut sedap bunyi.
   Namaku,Jaafar juga mempunyai makna tersendiri.Mengikut makna yang terdapat di dalam Buku Nama-nama Islam, Jaafar bermakna 'Anak Sungai'.
     Anak sungai besar gunanya kepada kita.Biasanya,air anak sungai cukup bersih dan banyak kegunaannya kepada kita.Dengan airnya kita boleh mandi,membasuh pakaian,minum,memancing,dsbnya.
Tapi,kekadang kita menyalahgunakan anak sungai ini.Ada yang membuang air besar,air kecil,buang sampah,melepaskan sisa2 toksid,dan macam2 lagi.
    Mungkin namaku memang sesuai untuk diriku yang sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan,mudah kesian,selalu berkhidmat untuk kepentingan umum tanpa merungut.Mungkin sebab inilah juga diriku mudah ditipu dan disalahgunakan.Paling menyakitkan ada rakan2 sendiri yang mengkhianati,dengki-mendengki.Manis di depan,busuk di belakang.Cuba menyekat rezeki yang Allah beri.Kita hanya mampu
berikhtiar dan berserah kepadaNya. Agaknya,samalah nasibku dengan nasib anak sungai.Wallahu'alambissawab.

Friday 16 September 2011

KENANGAN MASIH SEGAR



DALAM PERKHIDMATAN AWAM

  • 1972-1973 - Latihan Perguruan di Pusat Latihan Harian (DTC) Pulau Pinang.
   DTC terletak di Hamilton Road via Green Lane,Penang. Bangunan  lama satu tingkat kalau dibandingkan dengan MTC di Bukit Gelugor.Tahun pertama sewa rumah di Jalan Tengku,Jelutong.Tahun kedua sewa rumah di Lorong Md Taib,Jelutong juga.Naik bas ke maktab,tambang 5 sen saja.Cuma ada satu bas pergi maktab.Kalau terlepas bas tu,alamat tak pergi kuliah.Pernah beberapa kali terlepas bas.Kalau rajin,pakat2 jalan kaki.Short cut pun mau 2 km.Selepas kami tamat latihan,DTC pun diroboh nak buat jalan raya.Kami adalah spesis DTC terakhir sebab junior kami Kursus PPAK.DTC bertukar nama Maktab Perguruan Seri Pinang (MPSP) dan berpindah ke Jalan Sultan Ahmad Shah.






Malam Perpisahan di Hotel Merlin Penang












  • 1974-1978 - Bertugas di SK (LKTP)Bukit Kuantan,Ktn,Pahang. 
    Kami pergi tiga orang.Kebetulan dapat satu sekolah.Sampai di Kuantan,kami makan dulu,Lepas tu,simpan beg di kedai makan.Hajat nak ronda2 dulu.Kemudian,tanya orang di situ kat mana Bukit Kuantan.Sapa pun x tau.Tetiba ada Hamba Allah bagitau.Kebetulan dia kerja kat Kantin Felda di Bukit Kuantan.Dia tunjuk naik bas mana.Kami naik bas tu.Sampai kat simpang Felda Bukit Goh,kami kena turun sebab bas tu x pergi Bukit Kuantan.          Kami kena jalan kaki sejauh 3 km,jalan tanah merah.Jalan tu adalah projek lebuh raya ke Terengganu.Bukit Kuantan baru dibuka.Peneroka baru 40 keluarga.Guru2 disediakan 3 buah rumah peneroka. Semasa bertugas di sini,minggu pertama dah kena berucap depan perhimpunan.Ketaq lutut,badan berpeluh,mulut pun ketaq.Gagah juga.Lama2 dah biasa,x jadi masalah.Lebih2 lagi,dalam tempoh 5 tahun berkhidmat,pernah dilantik AJK PIBG,Setiausaha PIBG.Pandailah sikit bercakap.Setelah rumah guru siap,kami pindah ke rumah guru.
  • Mengajar Tahun 2 dan Tahun 3.
  • Ajar B.Melayu,B.Inggeris,Matematik.
  • Kelab Buku Hijau-Tanam sayur2an.
  • Wakili Pasukan Bola Sepak Guru2-Lawan Liga antara peneroka2,Piala Wakil Rakyat Sungai Lembing.Pasukan Guru selalu menang.




    Bersama Cg Adenan dr N.Sembilan depan Rumah Guru.



     Guru2 SKBK








    Guru2 SKBK














    Beraksi depan sekolah








     Padang sekolah pun botak







    Guru2 SKBK








    Guru2

















    Guru Besar cermin mata







    Cermin mata-Nama sama tapi ejaan Jaafir







    Pertandingan Muzik BI











    • 1979-1990 - Bertugas di SK Mahang,Karangan,Kedah.
          Mula2 bertugas,tumpang di rumah mak penakan di Kelang Lama,Kulim.Berulang-alik dengan kawan2 satu kereta.Selepas kahwin,tahun 1981, sewa rumah dekat rumah mak penakan.Bila dah cemuih berulang,sewa rumah di Kg Lobak,Mahang.Kemudian cari rumah dalam Pekan Mahang dekat sekolah.Bila rumah guru siap,menetap di situ hinggalah dapat tukar. Duduk di kampung memang seronok.Guru disanjung tinggi dan depa anggap guru serba serbi pandai. Hinggakan tv rosak,kipas angin tak lenggok pun panggil cikgu pebaik.Nasib baik boleh.Qosek2 sikit tv,gambar pun ada.Kipas x lenggok pasai kacang2 dalam motor terkeluar.Bubuh balik,lenggoklah dia.Nak kata pandai tu daklah,tapi kena jaga standard cikgu.Jangan kata x reti,mesti cuba dulu.
    • Mengajar Tahun 3, semua matapelajaran kecuali B.Inggeris dan Agama Islam.
    • Mengajar Tahun 5, semua matapelajaran termasuk B.Melayu,Sains,Geografi,Tawarikh(Sejarah).Masa tu ada peperiksaan PPDL sebelum ada UPSR Tahun 6.Tak larat kepung,kita sorang ajar semua matapelajaran.
    • Mengajar Tahun 6 selepas pergi Kursus KBSR Tahun 6.Masa ni kena pulun ajar B.Melayu untuk 2 kelas bagi menghadapi UPSR. Alhamdulillah,setiap tahun BM1 dan BM2 dapat 90% ke atas. Mentainnnn.
    • Jawatan Khas- S/U Sekolah,S/U Peperiksaan,S/U Sukan,S/U PIBG.Dua tahun jadi Bendahari PIBG.







      Beraksi di Pejabat SKM




      Mengajar Tahun Tiga






      Mesyuarat PIBG














      S/Usaha PIBG























      Sekolah Buat Kenduri












      Tahun Tiga






      • 1991-1994 - Bertugas di SK Seri Pinang(Ldg PinangTunggal),
             Sg Petani.
            Tukar mai Sungai Petani pasai beli rumah di Taman Ria Jaya.Masa tu harga rumah Semi-D baru RM58k.
      Dulu sekolah ni nama SK Ladang Pinang Tunggal.Sebab posmen keliru hantar surat dengan SK Pinang Tunggal,maka Guru Besar masa tu,Allahyarham Noor Lajis tukar nama sekolah. Terletak dalam ladang getah Raman Hydrolic.Sekarang pokok getah dah habis ditebang,naik kawasan perumahanMacam2 Taman Perumahan.Taman Puteri Jaya adalah taman perumahan terbesar di situ.Kalau nak ke sekolah tu sekarang,kena masuk Taman Puteri Jaya terus ke hujung jumpa taman perumahan lain pula.
      • Mengajar Tahun 3 (Setahun)
      • Mengajar Tahun 6-B.M untuk UPSR (Dua tahun) kerana sahut cabaran sorang pegawai dari PPDKMY yang perlekeh guru2 luar bandar kononnya kami malas buat kerja dan x setanding dengan guru2 di bandar.Sebelum tu,pencapaian UPSR 0%.Tahun pertama kami penaik jadi 26%. Tahun kedua kami penaik lagi jadi 57%.Lepas tu pegawai tu sengap x kata apa.Termalu kot.Lain kali kalau kita di atas,jangan perlekeh orang di bawah.Bagilah nasihat dan tunjuk ajar.Lepas kami keluar dari sekolah tu, guru2 baru x dapat tandingi peratus yang kami buat.Dahlah hari sukan guru besar kena pi ambil dia di PPD,kononnya takut kereta dia kotor sbb jalan tanah merah.Yang kami hari2 makan debu naik motor pi sekolah,dia x nampak.Kekadang hujan,besa jatuh motor sbb jalan licin.
      • Buat Projek Buku Hijau- Dapat kerjasama pengurusan ladang dengan menghantar traktor menggembur tanah.Ini faedahnya berbaik2 dengan pemandu traktor ladang.


      • 1995-2000 - Bertugas di SK Ibrahim.

             Minta tukar ke SKI ni bukan apa,pasai dah 21 tahun bertugas di luar bandar.Asyik2 nampak kelapa sawit dengan pokok getah saja.Nak tengok pula bangunan2 dan jalan raya yang elok2 pula. Sesi pagi dah cukup guru.Kenalah mengajar sesi petang.
           Mula2 dapat sekolah ni,ramai guru kata,hang mampuih mengajar pasai SKI ni sekolah kawalan PPD.Kerja kena lebih sikit.Lagipun,tiap2 tahun Sultan Kedah bagi hadiah pada HAC. Aku x takut pun.Kalau kita betul2 buat kerja,nak takut apa? Orang yang takut ni pasai dok buat salah,x mengajar,ponteng kelas,dll. Bila dua bulan lagi nak adakan HAC,guru dah sibuk buat persiapan.Aku dilantik jadi Ketua Upacara Murid2 yang akan terima hadiah.Mula2 aku kena belajar protokol cara nak mengadap Sultan,macam mana nak angkat sembah.Aku bukan tau sangat adat Diraja ni pasai negeri aku x dak sultan.Maklumlah,anak buah Gabenor.Aku belajar adat Diraja drp Ustaz di sekolah tu yang dah lama jadi ketua ni.Aku mai saja,dia pekena aku jadi ketua pula.
      • Mengajar Tahun 3- B.Melayu dua kelas,Pendidikan Moral 2 kelas.
      • Di SKI, kita boleh improve B.Inggeris kita kerana kebanyakan murid2 dan guru2 suka bercakap B.I.Maklumlah SKI dulu asal sekolah rendah aliran Inggeris.Aku pun lama2 seronok pula cakap BI.Jadi x la kekok sangat.Lagi pun malulah kalau orang Penang x tau cakap BI.
      • GB lantik aku jadi pembantu Penyelia Petang.Kalau PP ada kursus atau x hadir,akulah ambil alih tugas PP.
      • Setelah empat tahun aku di SKI,Penyelia Petang pun bersara.Aku dilantik menanggungtugas PP selama setahun sbb PP yang baru x ada lagi. Dapatlah RM7k lebih.
      • Perangai orang Melayu macam dok kata la.Ada hasad dengki.Ada guru yang dengki kat aku pasai aku baru situ,aku diberi perhatian lebih oleh GB pada hal guru2 di situ ada yang bertugas berpuluh tahun x dilantik menanggungtugas PP. Pernah satu petang aku hampir2 dicucuk jarum jahit.Masa tu aku tengah mengajar.Entah macam mana aku terasa pinggang aku macam dicucuk2.Aku keluar kelas sat lalu aku raba2 dalam baju aku.Aku dapati ada jarum 2 inci.Aku ambil,salawat dan tanam di tepi perdu pokok pinang laut depan kelas aku.Inilah mainan sihir yang orang kita pandai.
      • Setiap hari,habis mengajar,aku naik ke pejabat,masuk bilik.Buat kerja pejabat pula.Maklumlah,Penyelia Petang katakan.



       Tunggu nak salam dengan Sultan Kedah pada HAC.






                           Staf SKI






      Staf SKI











      • 2000(April)-2005 - Bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Taman Ria,Sg Petani.
            Bila dah naik pangkat ni,kena belajar lebih lagi.Sebenarnya,bidang kokurikulum la paling x minat.Lebih baik mengajar lagi.Apakan daya,bila dah masuk bidang ni,lebih2 lagi dah jadi ketua,kenalah belajar minat.Sambil buat kerja,sambil belajar daripada Penolong2 Kanan Kokurikulum di sekolah2 berdekatan.Kadang2 pergi jumpa pegawai2 Unit Kokurikulum PPD tanya apa2 yang x tau.
      • Menjalankan tugas2 di pejabat.
      • Menyusun jadual tugas persatuan,pasukan beruniform,kelab permainan.
      • Mengelola Olahraga Sekolah.
      • Hari Kokurikulum.
      • Hari Anugerah Cemerlang.
      • Projek PINTAR-Ceramah AADK dan Polis Narkotik.
      • Keceriaan sekolah,Kebersihan dan Keselamatan sekolah.
      • Penyelenggaraan sekolah-Bekalan elektrik,paip air bocor/tersumbat,pam loji dan pam bomba x berfungsi.
      • Ketua Perhubungan dengan Ketua2 Jabatan di persekitaran-Polis,Bomba,Kesihatan,JKR Elektrik & Mekanikal,AADK.
      • Mengajar Pendidikan Moral Tahun 4 dan 5.





      Lencana Sekolah







                    Hari Guru




      Hari Merdeka









         Larian Malaysia


         




      • 2005(Mei) -2007 - Bertugas sebagai Penolong Kanan 1 di SK Sungai Lalang,Bedong,Kedah.

        Pertukaran setara berlaku dari PKKo kepada PK1,cuma bidang saja berbeza.PK1 ni tugasnya lebih mencabar kerana hampir sama dengan tugas Guru Besar.Maklumlah,orang Nombor 2 dalam sekolah. Kalau GB bercuti,sakit,atau berkursus,PK1 ambil alih tugas GB untuk mengurus,mentadbir dan memimpin sekolah.Apa2 hal,orang mai cari PK1.Beratlah sikit.
        Segala urusan Kurikulum menjadi tanggungjawab penuh PK1.Termasuklah kebajikan guru2 dan staf sokongan.Depa nak jumpa GB payah sikit.Jadi,apa2 hal depa mai mengadu kat kita.Kita dengar masalah depa.Kalau boleh selesai,bincang sama2 macam ahli keluarga.Kalau masalah kerja,pakat2 bedak tugas supaya sama2 rasa sorang sikit.Kadang2 terlepas pandang,ada juga yang dok rehat saja.Depa kena bagitaulah.Nak kepung 65 orang guru bukanlah senang.Walau apa pun,memang seronok kalau perhubungan erat antara pentadbir dengan guru2 dan semua staf.Kalau dok berkurung dalam pejabat saja,x turun pi join guru2,alamat jadi kera sumbanglah.Depa sanggup boikot PK.Suruh apa pun depa buat dek saja.Agaknya pasai nilah PK di SKSL ni x kekal lama.Dah berapa PK bertukar sebab xdapat kerjasama guru2. Pernah terdengar depa kata 'kita tengok PK ni pula berapa hari boleh tahan'.Nasib baik saya bertukar sebab jadi Guru Besar sebab saya dengan guru2 dan staf xdak masalah.
        Pernah tanggung tugas GB pasai GB pergi kursus di IAB Genting selama setahun. Dapatlah RM6k lebih.
      • Mengajar Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6.
      • Membantu PKHem dan PKKo.Kadang2 depa juga bantu kita.Sama2 membantu untuk kejayaan murid2 dan sekolah.






      SKSL







                 Hari Guru





      Kejohanan Olahraga






      Perkhemahan Dalaman





      Pertandingan Memasak






      • 2007(Nov)-2009(Mac)- Bertugas sebagai Guru Besar di SK Ulu Bakai,Malau.

             Nampak gaya kena buang daerah kot.Dari Daerah Kuala Muda/Yan ke Daerah Baling/Sik. Agaknya pasai dok cakap banyak.Walau bagaimanapun,bersyukur kerana x kena pergi jauh2.Ada kekawan kena sampai Kuala Nerang,Bandar Baharu,Serdang dan tempat2 jauh.Kena sewa rumah pula.Setakat berulang 40 km kira okay la.
           Tugas GB x la teruk sangat pasai ada pembantu/penolong2 kanan.Tanggungjawablah yang paling berat.Apa2 hal pun,depa tala mai kat Guru Besar,nak kena ada sifat sabar berdiplomasi.Silap haribulan,boleh bergaduh dengan orang.Selain mentadbir,mengurus,merancang,dan memimpin,GB juga kena mengajar.Buku Ringkasan Mengajar (BRM) kena tulis juga.Kalau GB x buat ni,macam mana nak semak BRM guru2 dan tengok guru2 mengajar? GB sebagai contoh dan idola.
          Lagi satu,GB kena turun padang.Toksah terperap dalam pejabat saja.Buat lawatan kawasan setiap kali sampai di sekolah.Sembang dengan pekerja2 am,tanya apa masalah kerja.Sekali-sekala lepak kat bilik guru.Kita boleh tau apa guru2 buat.Ronda bilik2 darjah semasa sesi P&P berjalan.Kalau ada peluang,sembang dengan murid2 untuk dapatkan maklumat tugas guru.Depa cerita habis;Guru tidur dalam kelas,guru x mengajar,guru telefon dalam kelas kontek downline jualan langsung dan macam2 lagi.Bila dapat maklumat ni, kita intai guru2 tu.Ini satu cara pemantauan.Jerat dah kena.Ha..Ha..
      • Mengajar Kajian Tempatan Tahun 4,
      • Mengajar Sivik Tahun 5,
      • Mengajar P.Seni Visual Tahun 6.
      • Kadang2 jadi guru ganti mengajar kerana guru x hadir.

      • 25 Mac 2009 - B E R S A R A-
        @@@@@@@ M E R D E K A @@@@@@@




        Thursday 15 September 2011

        Nasib Baik Sajaaaa

        PERJALANAN KE KL
        Tarikh: 14 September 2011






        Peta Hala Tuju


















        Parking kereta Aras 4 Wisma Kfc.
















                                     Parking







        Along n Kakak







                                   R&R Tapah








        R&R Tapah







                             Baik2 jatuh...

        • 01.30 am Bertolak dari rumah (TRJ).
        • 04.30 am Sampai di R&R Tapah- Berehat n Makan.
        • 05.00 am Bertolak dari Tapah.
        • 06.15 am Singgah di R&R Ulu Bernam- Sembahyang Subuh
        • 07.20 am Keluar Tol Jalan Duta.
        • 08.00 am Jalan raya mula sesak sebab pakat berebut-rebut nak pergi kerja.
        • Sambil memandu,mata liar mencari Jalan Ampang,Jalan Sultan Ismail.
        • Haaa..Tu dia Jalan Ampang.Jalan terus lagi.
        • Alamak,terlepas Jalan Sultan Ismail.
        • Haaa..Nasib baik jumpa simpang Jalan Chulan.
        • Jalan terus.Tu dia nampak Jalan Sultan Ismail.
        • 08.45 am Jumpa Wisma KFC.
        • Di sinilah anak aku akan berkursus Pengurusan Kfc selama 2-3 bulan.
        • Mereka diberi tempat tinggal.
        • 9.20 am Bertolak dari Wisma KFC terus Jalan Kuching.
        • Mata liar memerhati papan tanda menuju ke Ipoh.
        • Masa pulang ikut jalan raya persekutuan-Jimat tol.



        Mandi,Sembahyang Asar di masjid dan berehat.






         
        • Sampai Ipoh,teringat nak naik lebuh raya pula.
        • Mata tercangak2 cari jalan masuk lebuh raya.
        • Tu dia,nasib baik jumpa.
        • Naik lebuh raya Tol Ipoh(U).
        • Keluar Tol Kemunting/Taiping,nak singgah rumah adik ipar dekat Nibong Tebal.
        • Singgah sat,pekena nasi.
        • Pulang ikut jalan raya persekutuan pula.
        • 07.40 pm Sampai di rumah- Alhamdulillah.